Beautiful Dream
O W N E R



Nur Dayana. 15 years old. 30/06/99 "forgive people not because they deserve forgiveness but you deserve peace"



Entries About Linkies Stuff


CHIT CHAT


M A S T E R M I N D

Template/Header: Beautiful Monster
Basecodes 1: Ainabillah Shafie
Basecodes 2: Nurul AtiQah
Others:   

TAHUN BARU CINA



Assalammualaikum and hola. Okay, dah lama tak update blog. Berhabuk dah aku rasa. Fuhfuh. Kasi hilang sikit habuk tu. Memandangkan harini cuti sekolah, so.. apa salahnya aku update blog ni ha. Even homework aku melambak kat atas meja study tu. Dah tajuk entry ni tahun baru cina kan, of cos la aku cuti sebab pasal cina nak raya. Seminggu beb. sila lah jealous. Agak - agak kalau menyampah tu, sila lah belasah aku tanpa belas kasihan. Okay, Kalau kau buat jugak memang aku report polis. lewls. Abaikan .
   
Aku memang busy gila sampai takde masa nak bukak blog aku ni ha. Homework takyah citer la. Memang banyak. Cikgu aku bagi homework pun sampai tak sempat nak tanda. Aku bukak lappy ni pun bila ada homework yang memerlukan khidmat internet and google. Kalau tak, time cuti je la aku bukak. Macam weekend ke. Twitter pun kadang kadang tak sempat bukak. Sadlife gila tak aku korang rasa? Aku fikir umur 14 tahun ni kurang la sikit bebanan homework, rupanya, hmm, indah khabar dari rupa. Dia punya busy tu mengalahkan PM kita. And now, musim demam pulak. Dengan aku aku sekali berjangkit. Demam. Kepala pening tu takyah tanya la kan. Memang sakit. Sampai meleleh air mata la. Biasalah. Anak bongsu. Mana taknya. Bebudak kat dalam kelas, ada yang sakit tekak, selesema, batuk and so on la. Tup tup, aku pun kena.

Berbalik kepada homework tadi, sekarang ni cuti seminggu, apa lagi, cikgu cikgu pun mula bagi homework macam tak hengat dunia. Okay, tipu je. Itu tanggungjawab cikgu. KIta sebagai pelajar kena lah lakukan tanggungjawab kita jugak. Selesai saja mukadimah daripada Cik Dayana. Stop nana. Jangan merepek. Homework masih banyak yang menanti. Tapi aku sesedap je golek golek atas katil ni ha sambil baca novel. Nampak tak kemalasannya di situ? Nanti dah nak habis cuti sekolah, baru lah sesibuk nak siapkan homework. Merungut bagai. Kang ada jugak yang kena hempuk dengan kuali mak kat dapur tu karang. Whoaa. ganas tak ? ganas tak? Korang takyah nak terkejut beruk sangat la kan. Tu semua imaginasi aku je yang lelebih. 

Petang petang cenggini memang best kalau makan pisang goreng panas ye tak? Minum dengan milo panas ke, kopi panas ke, teh panas ke. Okay, takyah nak cakap je lebih. Kalau malas nak buat, malas nak pergi beli, dok situ diam diam. k tak lawak. Entry ni agak panjang dah. Tapi bila tengok isi dia, semua merapu je banyak. Ni kalau buat macam ni dalam peperiksaan, memang bawah daripada 10 markah aku dapat. Mana taknya. Karangan terkeluar daripada tajuk, penggunaan bahasa tak sesuai, tu belum kira lagi kesalahan tatabahasa yang melambak lambak tu. Ni agaknya bukan bawah 10 markah, silap silap 0% terus.  Aku nak taip lagi sebenarnya, tapi takut korang menyampah pulak nak baca. Eceh, macam sebelum ni ada orang nak baca je. So, Tuan Tuan dan Puan Puan, sampai di sini saja celoteh di petang hari cik Dayana kita ni. Kalau rajin, besok dia update lagi. KBAI.

Note : Kalau menyampah nak baca, dok sah baca . pehe dok? kawe nak sambung blogwalking .