Beautiful Dream
O W N E R



Nur Dayana. 15 years old. 30/06/99 "forgive people not because they deserve forgiveness but you deserve peace"



Entries About Linkies Stuff


CHIT CHAT


M A S T E R M I N D

Template/Header: Beautiful Monster
Basecodes 1: Ainabillah Shafie
Basecodes 2: Nurul AtiQah
Others:   

SPM 2016

Assalammualaikum wbt. Whoaa lama gila tinggal blog ni. Dua tahun dah. Hm malas sebenarnya hehe. Plus nak pt3 time tu (kot). Well well well, so tahun ni I nak SPM. Bedebor rasanya ni. Sebenarnya sey nok kabo yang sey ni lemah sangat subject yang memerlukan pengiraan. Yang menghafal macam biology dengan sejarah okay lah. Addmath dengan mathematic Allahu taktau lah apa nasib. Mintak sangat kerjasama anda anda semua kalau tahu tips yang berkesan untuk study ni tolonglah sey. Sey insecure dengan kawan kawan yang power addmath hm. Trial SPM tak sampai 2 bulan je lagi haih... segham.

Okaylah rasanya belum terlambat kan nak wish selamat berpuasa so...

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

don't judge


 ASSALAMMUALAIKUM WBT

lama gila tak hapdet blog((nipu je haritu baru update)). Well i mean dah lama tak berblogging ni. Rindu pulak rasanya. Nampak tak tajuk tu ? tajuk je dah emo emo en belum lagi entry nya haha.
Korang semua mesti tak suka kena judgee kan ? it's like wadahel kau nak judge aku? Jaga tepi kain sendiri boleh tak? ((kaklong kawasan berbicara))

see?

no ones likes kena judge. even aku sendiri pun tak suka kena judge. Tapi manusia kan. Salah orang diorang nampak, salah sendiri depan mata sebesar besar gajah tu pun tak nampak ! ((aku pun tbh))
NOBODY IS PERFECT. I keep remind myself bout it. Aku sendiri masih dalam proses nak berubah menjad yang lebih baik. InshaaAllah akan tercapai. Aminnn.

Since korang dah baca my entry ni, ((kalau ada yang bacalah)) im begging you, niat dalam hati tu untuk berubah. 

please.
 
Kalau nak tegur salah orang tu tegur baik baik. bukannya macam "pakai tudung tapi..." stop it guys. we're human beings. tak lari dari buat kesilapan. 
thats all for tonight. Keep my words. UBAH. Mulakan hari baru dengan azam yang baru. 

goodnight. Assalammualaikum wbt.



They act like they care but they dont

Assalammualaikum wbt. people nowadays ramai yang backstabber. they are just like a lil piece of shit. Korang ada banyak kawan kan ? Tell me ramai tak yang caring pasal korang ? tbh tak ramai. boleh kira guna jari je. Diorang ni just curious je lebih. Bila diorang dah tahu apa masalah kita they was like "ohh. uhm i feel you" PENIPU ! ramai yang kata diorang paham kita tapi senanya tak. Well u guys should leave them like they left u. What ever u done they dont even care. And for those siapa yang ada boyfriend tu, ramai kawan korang yang kecik hati korang tak layan diorang kan ? kata korang asyik layan bf je. Actually korang senanya susah kan nak jaga dua hati dalam satu masa. Bayangkan kalau kawan korang ajak hang out but at the same time bf korang pun ajak. Ha nak pilih yang mana ? Susah nak jaga hati orang ni. Tapi hati kita takde siapa pun jaga. Dia buat macam sampah lagi adalah. Pastu kalau bf korang dengan bestfriend korang gaduh. Nak back up yang mana ? Senang lah cakap jangan masuk campur. Masalahnya nak dengar yang sorang tu kutuk pasal orang ni yang sorang tu kutuk pasal orang tu pulak. Pastu korang mesti rasa tersepit kat tengah tengah. Haih whatever lah goodnight.

note : minggu ni sampai sabtu sekolah. hw banyak aku boleh lagi online. ahad nak kena pergi seminar pulak. maklumlah mangsa pbs. memang takde masa nak berfoya foya lah kan.

EXAM EXAM


hi peeps ! well well dah lama tak update blog. busyy naa sekarang ni. *jetjetPM* dengan PBS nya lagi. dengan exam lagi. Pheww pecah otak k. ok tipu je. now sedang berehat goyang kaki layan twitter setelah 2 jam menelaah buku. ok jet rajin je aku ni. lepas ni kalau kena bash jangan tanya kenapa nana. 
Haihh dah lah tengah stress dengan science ni --' Cikgu buat soalan masukkan soalan form 1 sekali. Ingatkan masuk sikit je sekali BOOM hambik kau soalan form 1 lagi banyak dari form 2 kay. Tsk tsk. Science paper 2 jawab merepek repek. ok. kalau dapat b jangan tanya kenapa. Esok exam bi, lusa geografi and agama and math. and then kh pulakk. Baru baca agamaaaaa jeeeeee *hentak kepala dekat dinding* macam mana ni ?! macam mana lagi pergi lah studyy. tapi takda mood. haih nasib badan.
Form 2 is the worst . Risau lahh. :( Cano ni haihh tawakal je lah. 
Now duduk dalam kelas first *bukan nak jet pandai k* lagi stress dikelilingi budak budak pandai gila babi . tensionn siut. Btw, cutii lagi 4 Hariiii. hehohehoheho hehehehehehehe. Tak sabar kayyyy nak hang dengan ikaa. uuuu. rindu dia muah muah xx. Tolong jangan jadi lesbo dekat sini nana. Kang kena bash. Takda siapa nak kawan dengan kau. okay ni dah jauh melencong sampai ke laut Hindi dah ha. okay balik semula ke tajuk. Hopefully dapat straight A's dalam mid year exam ni. Dapat Top10. Wish me luck ! :)))) Aminnnn.

Note : Ya Allah kau permudahkanlah peperiksaan ku ini Ya Allah. Kau lapangkan lah dada ku ,tenang kan lah hati dan jiwa ku semasa menjawab peperiksaan ini Ya Allah. Amiiiinnn.


KECEWA....


Assalammualaikum.... huwaaaaaa. Rasa macam nak menangis, meraung-raung dekat sini. Sebab apa? Bukak mata korang besar besar, tengok apa tajuk kat atas tu. SEE ? Betapa kuciwanya hati aku. isk isk. Tak la. Bukan sebab putus cinta. Muka aku ni ada ke orang nak? Abang aku kata muka aku macam jantan. Diulang sekali lagi, JANTAN. Kuwang hajo betul. Okay, stop. Bukan benda ni yang aku nak bagitau. Aku sebenarnya tak terpilih wakil sekolah dalam netball. Uwaaaaaa. sodih betul laaa. Okay, rasa rasa kalau dah geram sangat tu, meh tumbuk muka aku. Yela . Ingatkan apa la tadi. Tajuk kemain lagi. sekali pasal ni je. Masalahnya bukan JE tau. Dari tahun lepas aku tunggu nak masuk pertandingan ni. Last last tak dapat masuk. SEBAB ? Sebabnya, tadi aku tak datang latihan. Then bila aku tak datang tu, akak tu terus buat selection. Eayai. Aku tak datang pun sebab my mom tak kasi. Dia kata takde surat daripada pihak sekolah. So, NO. Tak boleh pergi.

Okay, then masa aku tengah syok syok buat air liur basi, dengar ada mesej masuk. Tingg. Okay, tipu je. Aku mana ada dengar pun. Aku kalau dah tidur, tidur mati okay. Aku sedar pukul 8.30. Check phone tengok ada mesej dari kawan aku. Dia send pukul 8.08 pagi.

" Dayana, kau pergi tak training ? Aku dengan Harissa dah sampai ni. "

"Tak. Mak aku tak kasi. Dia kata takde surat daripada sekolah. Aku pun tak sihat ni. Transport pun takde."


Tu, mesej tu, dia tak balas balik pun. Then, aku hantar lagi sekali pukul 10 lebih nak dekat pukul 11 camtu.

"Weh. akak tu dah pilih pemain ke? Izzati datang tak?"

"Kitorang tengah rehat ni. Pasni, Aku dengan Harissa nak pergi Term. Akak tu nak pilih pemain pengganti pulak lepas rehat karang. Izzati tak datang."

Lepastu, Masa aku nak balas meseg aku, tetiba failed to send meseg. Aku check kredit tengok dah tamat tempoh. Ada RM11 lagi okayy. Aku pun apa lagi, sakit hati la kan. Sepatutnya, Malam ni pukul 12 tengahmalam kang baru tamat tempoh. Aku taktau apehal maxis sakit hati sangat dengan aku.

Then, bila akak tu nak pilih pemain pengganti, dah sah sah la dia dah pilih pemain yang betul ye tak? Tak pe la, bukan rezeki aku. Takpe, Kadet Polis ada. Aku wajib masuk pertandingan kawad. Form 2,3,4 wajib masuk. Okay la, mata pun dah kelat kelat menahan ngantuk. Korang takyah percaya sangat la kan. Aku mana ada tidur AWAL camni. Selalunya aku akan tidur pukul 11 ke atas. Even hari sekolah sekali pun. Ni aku nak on twitter, atau baca novel. KBAI.

NOTE : Pada sesiapa yang tak tahu apa tu TERM, tu ada terma dan syarat. okay, aku tipu je. Nak lempang pun tak kesah. TERM tu terminal la.



TAHUN BARU CINA



Assalammualaikum and hola. Okay, dah lama tak update blog. Berhabuk dah aku rasa. Fuhfuh. Kasi hilang sikit habuk tu. Memandangkan harini cuti sekolah, so.. apa salahnya aku update blog ni ha. Even homework aku melambak kat atas meja study tu. Dah tajuk entry ni tahun baru cina kan, of cos la aku cuti sebab pasal cina nak raya. Seminggu beb. sila lah jealous. Agak - agak kalau menyampah tu, sila lah belasah aku tanpa belas kasihan. Okay, Kalau kau buat jugak memang aku report polis. lewls. Abaikan .
   
Aku memang busy gila sampai takde masa nak bukak blog aku ni ha. Homework takyah citer la. Memang banyak. Cikgu aku bagi homework pun sampai tak sempat nak tanda. Aku bukak lappy ni pun bila ada homework yang memerlukan khidmat internet and google. Kalau tak, time cuti je la aku bukak. Macam weekend ke. Twitter pun kadang kadang tak sempat bukak. Sadlife gila tak aku korang rasa? Aku fikir umur 14 tahun ni kurang la sikit bebanan homework, rupanya, hmm, indah khabar dari rupa. Dia punya busy tu mengalahkan PM kita. And now, musim demam pulak. Dengan aku aku sekali berjangkit. Demam. Kepala pening tu takyah tanya la kan. Memang sakit. Sampai meleleh air mata la. Biasalah. Anak bongsu. Mana taknya. Bebudak kat dalam kelas, ada yang sakit tekak, selesema, batuk and so on la. Tup tup, aku pun kena.

Berbalik kepada homework tadi, sekarang ni cuti seminggu, apa lagi, cikgu cikgu pun mula bagi homework macam tak hengat dunia. Okay, tipu je. Itu tanggungjawab cikgu. KIta sebagai pelajar kena lah lakukan tanggungjawab kita jugak. Selesai saja mukadimah daripada Cik Dayana. Stop nana. Jangan merepek. Homework masih banyak yang menanti. Tapi aku sesedap je golek golek atas katil ni ha sambil baca novel. Nampak tak kemalasannya di situ? Nanti dah nak habis cuti sekolah, baru lah sesibuk nak siapkan homework. Merungut bagai. Kang ada jugak yang kena hempuk dengan kuali mak kat dapur tu karang. Whoaa. ganas tak ? ganas tak? Korang takyah nak terkejut beruk sangat la kan. Tu semua imaginasi aku je yang lelebih. 

Petang petang cenggini memang best kalau makan pisang goreng panas ye tak? Minum dengan milo panas ke, kopi panas ke, teh panas ke. Okay, takyah nak cakap je lebih. Kalau malas nak buat, malas nak pergi beli, dok situ diam diam. k tak lawak. Entry ni agak panjang dah. Tapi bila tengok isi dia, semua merapu je banyak. Ni kalau buat macam ni dalam peperiksaan, memang bawah daripada 10 markah aku dapat. Mana taknya. Karangan terkeluar daripada tajuk, penggunaan bahasa tak sesuai, tu belum kira lagi kesalahan tatabahasa yang melambak lambak tu. Ni agaknya bukan bawah 10 markah, silap silap 0% terus.  Aku nak taip lagi sebenarnya, tapi takut korang menyampah pulak nak baca. Eceh, macam sebelum ni ada orang nak baca je. So, Tuan Tuan dan Puan Puan, sampai di sini saja celoteh di petang hari cik Dayana kita ni. Kalau rajin, besok dia update lagi. KBAI.

Note : Kalau menyampah nak baca, dok sah baca . pehe dok? kawe nak sambung blogwalking .


Gitar Gitar Gitar


Assalammualaikum *lambai tangan* .Sekarang ni, nana dalam mood berblogging. So, hampir setiap hari nana update blog. Banyak sangat idea. Okay, saja je nak bagitau. Berbalik kepada tajuk, korang nampak tak gitar warna pink tu? Comel kan? Nana nak gitar tu :( Nana nak belajar main gitar, but... *guess what?* MY MOM TAK KASII !! OHMY GOSHH ! My mom cakap nana nak main gitar buat apa? Nak jadi penyanyi? Tak payah. OUH MY... gelap duniaku. My mom suruh main piano je kalau nak. NO ! Piano girly sangat. Kot. But, masalahnya, nana nak main GITAR. Diulang sekali lagi, GITAR. Then, my mom cakap, kalau nak gitar, beli sendiri. Nana cakap, okay.. BUT, dalam hati nana dah menjerit OUH NO!! Nana taknak guna duit sendiri ! I love my money so much. Okay, then, masa tengah bincang tu, my brother *22 tahun* backup nana. Im really happy okay :D Dia pun try pujuk my mom. Ouh.. so sweet Akim :') And dia cakap, nanti dia nak ajarkan. YES ! Finally ! Tapi... :( my mom tetap tak kasi. Harapan semakin tipis. *harapan.. harapan menjadi layu~* *background music* My mom cakap, nana belajar dulu, baru boleh main benda-banda macamtu. Tapi, kalau nak jugak, guna duit sendiri. And nana pun dah fikir masak-masak sampai hangus rentung, nana taknak beli dah gitar tu. *cedih* 

Nak buat macam mana kan? Hmm, tapi takpe, nana ingat, nana nak mintak galaxy note II dekat my mom. HAHAHAHA *gelak setan* Tu pun kalau dapat la. Tapi rasanya tak kot -.- Tak pun tunggu form 3 nanti. Lahai, kalau macamtu baik mintak laptop je terus dekat mak. Berbaloi sikit -.-  Its okay mak. Masa form 3 tu kalau mak taknak belikan , nana boleh beli sendiri. Hmm. So.. ada sesiapa nak sedekahkan gitar korang dekat nana? Okay, im just joking. So, bye :) Assalammualaikum. xx